Selasa, 22 Jun 2010

# BeRkAt kEJuJuRaN #

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menutut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan bersendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya telah berpesan kepada Syeikh Abdul Kadir supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit dalam pakaian Syeikh Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Syeikh Abdul Kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.

Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta khafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Syeikh Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang penyamun bertanya Syeikh Abdul Kadir apa yang dia ada? Syeikh Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Syeikh Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.

Ketua penyamun bertanya kenapa Syeikh Abdul Kadir berkata benar walaupon diketahui wangnya akan dirampas? Syeikh Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walauapapun yang berlaku. Apabila penyamun itu mendengar kata-kata Syeikh Abdul Kadir itu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Syeikh Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat dihadapan Syeikh Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

MORAL & IKTIBAR
IlMu agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh.
Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup.
Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain.
Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan