Selasa, 22 Jun 2010

# BaGaImAnA MeNjAdI SaHaBaT yAnG bAiK #

Salam hormat kepada semua

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah sahabat yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Terbinanya nilai sahabat yang baik sangat berperanan dalam menwujudkan kehidupan yang harmoni. Ia adalah nilai peribadi seseorang, sebahagian dari buah akhlak yang berakarkan iman. Sebahagian dari tanda seorang yang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpontensi menjadi pemimpin.



Oleh itu, bagaimanakah mahu menjadi sahabat yang baik...

1.Memberi salam terlebih dahalu bila bertemu.

2.Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.

3.memberi bantuan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta

4.menyembunyikan segala rahsia sahabat

5.menceritakan atau meyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikan bererti rasa dengki dan iri hati.

6.tidak menceritakan kejian dan celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.

7.memberi perhatian yang bersungguh-sungguh ketika dia bercakap. Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh.

8.tidak berbantah-bantah atau berbalah-balah lebih-lebih lagi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan.

9.memanggil sahabat dengan pangilan atau nama yang disukainya samaada di depan ataupon dibelankangnya.

10.melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.

11.tidak menyebut-nyebut atau meningat-ingat kesalahnya atau keburukannya.

12.tidak memburuk sangka terhadap sahabat. memandang sikapnya dengan pandangan atau anagapan yang positif.

13.memberi nasihat terhadap kesalahanya atau kelalaian. tegur dan beri nasihat secara rahsia dan berhikmah.

14.sentiasa mendoanya sama ada dia masih hidup atau meninggal dunia.

15.menjalinkan kasih sayang hingga ke akhir hayat.

16.tidak mendesak atau memaksanya hingga dia merasa terbeban.

17.merasakan apa yang dirasainya sama ada susah ataupun senang, gembiran dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesedihannya.

18.berterima kasih atas kebaikannya.



"Menjadi sahabat yang baik dan memiliki sahabat yang baik adalah ciri-ciri orang bertakwa"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan