Orang yg bijak adalah orang yg sentiasa mengingati mati.
• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini
juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas
kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari.
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
• Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu
Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.
~► Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang
lain. Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan