Ahad, 18 Julai 2010

# BuMi aKaN MeNjAdI sAkSi #

ASSALAMUALAIKUM.........

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: yang bermaksud :
Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.
Kemudian Baginda bertanya : Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?
Para sahabat menjawab :ALLAH S.W.T dan RasulNya lebih mengetahui.
Baginda s.a.w Bersabda :
"Sesungguhnya berita yang akan di sampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi terhadap semua perbuatan manusia. Samada lelaki atau perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya.
Bumi akan berkata : Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)
KESIMPULAN HADIS
1. Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat.
2. Kemampuan ALLAH S.W.T menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap pekara yang berlaku.
3. Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupon dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan ALLAH S.W.T yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan