Assalamualaikum....
Ana ada satu artikel ini... dan ana amat tertarik untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat ana.. Alangkah baiknya kalau ianya seindah itu. Harap sahabat-sahabat yang membacanya mengambil iktibar..
Artikelnya di bawah ini... (maaf lah copy paste ianya sekadar perkongsian untuk ana dan sahabat-sahabat yang lain.):
Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya,cantik betul. Sungguh! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut jari jemari kami tak boleh saling bantu membantudi satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betullah, Sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu sebab orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila! takut nanti dibakar dek api nereka, di suatu hari yang dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
Saya suka tengok body teman wanita saya, solid betul. Sungguh! sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan kekasih dia Yang Utama, dia jaaauuuh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala! syoknya!
Saya sedih sangat bila teman wanita saya tidak dapat tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu jugak. Si dia tanya, Apa ubatnya Bang? Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa! semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. Makan, minum, jaga diri, pandu kereta hati-hati! Nanti awak.... saya juga yang susah hati, bla bla bla bla...... Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuhh... berdosanya saya!!!!!!!!!!
Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secintanya. cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya...
KERANA CINTA YANG HAKIKI ITU HANYALAH PADA ILAHI...
Doa kami saling ingat-meningati, insaf-menginsafi. Ya ALLAH, ampunkanlah kami semoga kami dapat kekal selama-lamanya, di syurgaMu nan abadi suatu hari nanti.... AMIN!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan