
Ibrahim Bin Adham rahimahullah (wafat pada 162 h), beliau adalah seorang ulama yang terkenal kerana kezuhudannya dan ibadahnya, Suatu hari ketika beliau sedang berjalan-jalan di pasar, Orang-orang ramai mengerumuninya dan berkata: "Wahai Abu Ishaq (pangilan Ibrahim Bin Adham), sudah sejak lama kami memanjatkan doa kepada Allah tetapi mengapa doa-doa kami tdak dimakbulkan??? Padahal dia telah berfirman dalam kitabnya : "Berdoalah kepadaKU, nescaya akan KU kabulkan doa kamu semua (Al Ghoorfir: 60)...
Abu Ishaq menjawab : " hal itu disebabkan, hati kamu semua telah mati denagan sepeluh pekara iaitu :
- kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
- kamu mengaku kamu mencintai Rasulullah S.A.W , tetapi kamu telah meninggalkan sunnahnya.
- kamu membaca al-quran tetapi kamu tidak mengamalkan isi yang ada didalam al-quran.
- kamu menggunakan nikmat-nikmat ALLAH tetapi kamu tidak pernah bersyukur pemberian nikmatNya kepada kamu.
- kamu mengatakan syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu masih mengikut langkah syaitan juga.
- kamu mengatakan syurga itu adalah haq (benar) tetapi kamu tidak melakukan amalan-amalan yang boleh kamu masuk ke syurga.
- kamu mengatakan nereka itu adalah haq (benar) tetapi kamu semua tidak lari dari panas seksaanNya.
- kamu mengatakan bahawa kematian itu adalah benar tetapi kamu tidak mensiapkan diri untuk menyambut panggilan ilahi.
- kamu semua sibuk mencari kesalahan orang lain, tetapi kamu lupa dengan kesalahan kamu sendiri.
- kamu semua menghantar jenazah, tetapi kamu tidak mahu mengambil pengajaran dari kematian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan